Followers

27 Oct 2013

Ibn Khaldun : Tokoh Sejarawan dan Sosiologi Islam Yang Agung


ibn-khaldun-inner-image
Latar Belakang Ibn Khaldun 
Nama sebenar  Ibn Khaldun ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Khaldun al-Hadrami . Beliau dilahirkan di Tunis pada tahun 732H (1331M) dan meninggal dunia pada tahun 808H (1406 M). Keluarganya berasal dari Hadramaut yang kemudiannya berpindah ke Seville (Sepanyol) dan akhirnya ke Tunis tempat beliau dilahirkan. Ibn Khaldun merupakan seorang sarjana Islam yang terkenal dalam bidang sejarah dan sosiologi , selain sebagai tokoh agama dan politik yang terkenal pada kurun ke-8 Hijrah (kurun 14 Masihi).
Ibn Khaldun telah menuntut ilmu-ilmu agama dalam bidang fikah, tafsir, hadis dan ilmu-ilmu berbentuk akii seperti ilmu logik, falsafah dan matematik serta ilmu bahasa Arab daripada beberapa sarjana yang terkenal ketika itu. Beliau kemudiannya mengajar dan memegang jawatan-jawatan penting di Tunis, Algeria, Maghribi dan Mesir. Antaranya beliau pernah dilantik menjadi Ahli Persuratan di Istana Fas, dan dilantik menjadi  hajib (menyamai taraf Perdana Menteri) di Bougie, bertugas menjadi seorang kadi dan khatib. Sewaktu di Mesir beliau telah dilantik memegang jawatan Hakim Mahkamah Raja. dan juga Setiausaha  Raja Muda Abu Ishak ketika usia beliau baru 25 tahun.
Pada tahun 789 H (1387 M), sekembalinya dari menunaikan fardhu haji beliau menumpukan pula perhatian kepada bidang penulisan. Minat beliau terhadap penulisan adalah cetusan daripada pembelajaran dan pengalaman yang kaya dalam disiplin ilmu-ilmu tradisional dan ilmu pengetahuan semasa, terutamanya dalam bidang politik. Gabungan ilmu dengan pengalaman mi menyebabkan beliau peka dengan makna dan pengertian sejarah. Ketika itu umat Islam sedang menempuhi zaman kemerosotan kuasa politik dan peradaban Islam semakin tergugat benkutan ancaman dari kemunculan dunia Barat. Ini membangkitkan semangat beliau untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Islam tentang erti dan maksud tamadun yang sebenar berdasarkan perubahan- perubahan yang berlaku dalam sejarah ketamadunan manusia.
Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik kepadanya. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga diiktiraf  sebagai bapa sejarah kebudayaan  dan bapa sains sosial moden. Ibn Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (“Pengenalan”). Ibn Khaldun juga menulis Sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung.

ibnu_khaldun

Beliau  juga telah menyertai orang-orang Mesir (  Kerajaan Fatimiyah ) dalam kempen mereka memerangi Tamerlane ( dalam sebahagian penulisan buku dieja sebagai Timurlank) , pemerintah Mongol, dan bertanggung jawab mengatur penyerahan diri bandar Damsyik semasa ketiadaan Sultan Faraj. Karya teragungnya bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh dibuktikan secara empirikal.
Ibn Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ibn Khaldun membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya dari keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan, mencetak dan menguruskan penghasilan wang, dan melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan.
Dalam segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubungkaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan keatas harga dan keuntungan, menolak cukai yang tinggi, menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri.
Tambahan lagi, Ibn Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologi, astronomi, numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggung jawab, pasaran efficent, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan sejarah.

“Sesiapa jua yang mengambil harta orang lain, atau menggunakannya untuk kerja paksa, atau membuat tuduhan yang tidak wajar hendaklah ingat bahawa ini adalah apa yang Pemberi Hukum maksudkan apabila melarang ketidakadilan.”
Ibn Khaldun dan Karya Agungnya Muqaddimah
Dalam bidang penulisan, satu-satunya karya teragung beliau dalam bidang persejarahan ialahMuqadimah iaitu pendahuluan kepada karyanya yang kedua al- 'Ibar wa Diwan al-Mubtada' wo al-Khabarfi Ayyam al- 'A rah wa al- 'Ajam wa al- Barbar. Menurut B. Lewis, Muqadimah karya Ibn Khaldun merupakan sebuah ensiklopedia sintesis metodologi sains kebudayaan yang sangat penting dan boleh membantu ahli sejarah untuk menghasilkan kajian-kajian yang tepat dan ilmiah.
Tema utama dalam karya agung Muqaddimah ini adalah untuk mengenali fakta-fakta psikologi, ekonomi, persekitaran dan sosial yang menyumbang kepada kemajuan tamadun manusia dan peristiwa-peristiwa semasa dalam sejarah. Beliau menganalisis daya gerak hubungan perkauman dan menunjukkan bagaimana rasa perkauman (syu’b al-‘asabiyyah) dapat menghasilkan kenaikan tamadun dan kuasa politik baru. Beliau mengenal pasti ulangan hampir berirama bagi kebangkitan dan kejatuhan dalam tamadun manusia, dan menganalisis faktor-faktor yang menyumbang kepadanya.Pandangan-pandangan revolusi Ibn Khaldun telah menarik perhatian sarjana-sarjana Muslim dan juga ramai pemikir Barat .
Dalam kajian sejarah beliau, Ibn Khaldun adalah peneroka dalam mensubjekkan laporan-laporan sejarah kepada dua kategori asas iaitu akal, dan undang-undang sosial dan fizikal. Beliau mengetengahkan empat
perkara penting dalam kajian dan analisis laporan sejarah seperti berikut:
(1) mengaitkan peristiwa-peristiwa antara satu sama lain melalui sebab dan akibat
(2) membuat analogi antara masa lalu dan masa sekarang
(3) mengambil kira kesan persekitaran
(4) mengambil kira kesan keadaan yang diwarisi dan ekonomi

Muqadimah telah membincangkan secara terperinci mengenai sejarah dan persejarahan. Ibn Khaldun membahagikan karyanya ini kepada enam bab iaitu
bab pertama, mengenai risalah umum tentang masyarakat manusia.
Bab kedua, mengenai masyarakat Badwi atau masyarakat yang dianggap primitif.
Bab ketiga, mengenai pemerintahan khalifah-khalifah dan raja-raja.
Bab keempat, mengenai masyarakat bandar atau masyarakat yang dianggap sudah maju.
Bab kelima, mengenai pekerjaan / kehidupan manusia seharian serta hal-hal berkaitan ekonomi secara umum.
Bab keenam, mengenai ilmu pengetahuan dan pendidikan. Setiap bab dalam karya ini didahului dengan bahagian pendahuluan dan diikuti oleh tajuk-tajuk kecil yang dipanggil fasal.
Kandungan Muqadimah terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang asasi dan tidak asasi. Bahagian yang asasi ialah mengenai disiplin sejarah atau falsafah sejarah dan disiplin sosiologi atau falsafah sains sosial. Bahagian yang tidak asasi pula merangkumi pelbagai aspek termasuk geografi, kebudayaan, ilmu pengetahuan, perusahaan, peradaban dan lain-lain yang berkaitan dengan politik, agama dan falsafah. Bahagian kedua yang tidak asasi  hanya merupakan gagasan-gagasan umum, nukilan atau ringkasan daripada berbagai-bagai sumber yang diambil oleh Ibn Khaldun bagi menyuarakan pandangan dan pendapatnya mengenai perkara-perkara yang berkenaan. Akan tetapi yang lebih penting dalam Muqadimah ialah mengenai ilmu sejarah dan sosiologi. Dalam konteks ini, ketokohan dan kesarjanaan Ibn Khaldun hendaklah dilihat dari kedua-dua aspek ini. 
Ibn Khaldun menerokai kajian kritis terhadap sejarah. Beliau menyediakan kajian analisis mengenai tamadun manusia, permulaannya, faktor-faktor yang menyumbang kepada kemajuannya dan sebab-sebab kejatuhannya. Oleh itu, beliau telah mengasaskan satu sains baru: sains kemajuan sosial atau sosiologi.
Ibn Khaldun menulis:
Saya telah menulis sebuah buku mengenai sejarah yang dalamnya saya bincangkan sebab-sebab dan akibat-akibat kemajuan negara-negara dan tamadun-tamadun, dan saya mengikuti satu kaedah yang tidak lazim dalam menyusun material buku tersebut, dan saya mengikuti satu kaedah baru dan inovatif dalam menulisnya.”
Dengan memilih kaedah analisis tertentu beliau itu, beliau telah mencipta dua sains baru: historiologi dan sosiologi serentak.Ibn Khaldun berhujah bahawa sejarah tertakluk kepada undang-undang semesta dan menyatakan kriteria bagi fakta sejarah:
“Peraturan bagi membezakan apa yang benar dan apa yang palsu dalam sejarah adalah berdasarkan kebolehjadian atau ketidak bolehjadiannya: iaitu saya katakan, kita mesti memeriksa masyarakat manusia dan membezakan antara sifat-sifat yang penting dan semulajadi dalam tabiinya dan apa yang secara kebetulan dan tidak perlu dilaporkan, mengenal pasti dengan lebih lanjut apa yang tidak mungkin dimilikinya. Jika kita melakukan ini, kita mempunyai satu peraturan untuk memisahkan fakta sejarah dari kesilapan dengan menggunakan kaedah-kaedah demonstratif yang tiada keraguan. Ia adalah kayu ukur sejati yang dengannya para sejarawan dapat mengesahkan apa sahaja yang mereka riwayatkan.”
Ibn Khaldun Sebagai Ahli Sejarah dan Sosiologi
Berdasarkan latarbelakang dan karyanya Muqaddimah ini, ketokohan dan kesarjanaannya dilihat dari aspek ilmu sejarah dan sosiologi. Muqadimah dianggap sebagai suatu sumbangan agung dalam bidang ilmu sejarah atau persejarahan kerana ia merupakan percubaan terawal yang pernah dilakukan oleh ahli sejarah bagi memahami pola perubahan yang berlaku pada organisasi politik dan sosial manusia. Dalam karyanya ini dijelaskan bagaimana sesuatu peristiwa sejarah itu harus dikaji, diteliti dan difahami. Pendekatannya yang rasional, kaedah dan perbahasan yang analitikal serta terperinci menyebabkan karya ini menjadi suatu bahan kajian penting lagi menarik. la telah mengambil pendiriannya sendiri dengan mengetepikan persejarahan tradisional dan sikap konservatif golongan ahli-ahli sejarah tradisi. la berusaha mencari suatu penyelesaian yang baru dan dengan itu mewujudkan suatu falsafah sejarah yang baru.
Kaedah penyelidikan yang digunakan oleh Ibn Khaldun lebih mirip kaedah sosiologi. Beliau menekankan dua aspek penting iaitu pertama, mengenai sifat-sifat semulajadi dan kedua, mengenai sebab-sebab peristiwa sejarah berlaku.  Jika dia hanya mengkaji sesuatu peristiwa yang berlaku tanpa memahami sifat-sifat semula Jadi atau latar belakang bagi sesuatu peristiwa itu maka sejarah yang ditulisnya itu hanya boleh dianggap sebagai sejarah yang umum sahaja. Tetapi jika sebaliknya, dia mengkaji dan memahami secara mendalam akan sifat-sifat semula jadi dan tindak-tanduk masyarakat yang melakukan sesuatu peristiwa tersebut maka sejarah yang ditulisnya boleh dianggap sebagai sejarah khas. Sejarah khas mempunyai dua kualiti iaitu zahir dan batin.
Pada zahirnya, sejarah itu tidak lebih daripada benta-benta perang, peristiwa yang telah lalu, maju atau mundurnya sesuatu masyarakat. Tetapi pada batinnya ialah tinjauan dan penyelidikan serta keterangan-keterangan yang nyata mengenai kehidupan manusia dan pengetahuan yang mendalam mengenai sesuatu peristiwa dan sebab-sebabnya.
Menurut Ibn Khaldun, manusia ialah makhluk sosial yang mempunyai roh, akal dan tubuh badan serta masing-masing mempunyai tugas dan keperluannya. Kesemua unsur ini seharusnya bekerjasama untuk memenuhl kebahagian dan kepuasan kehidupan. Menerusi perkembangan roh, akal dan tubuh badan manusia inilah yang akan melahirkan peradaban dan peradaban ini jugalah yang melahirkan sejarah sains. Sejarah mempunyai hubungan sangat rapat dengan latar belakang sesuatu masyarakat, maka itu Ibn Khaldun sangat menekankan aspek dalaman sesuatu peristiwa.Ahli sejarah Islam sebelum Ibn Khaldun dianggap kurang mengetahui sosiologi masyarakat. Mereka ini hanya menulis berdasarkan maklumat- maklumat yang disalurkan kepada mereka tanpa mengkaji asal usul, sifat semula jadi atau sebab-sebab sesuatu peristiwa itu berlaku. 
Pandangan Orientalis / Sarjana Barat Mengenai Ibn Khaldun


Ketokohan Ibn Khaldun turut diperakui oleh ramai sarjana Barat yang menyifatkannya sebagai tokoh dan ahli fikir yang tidak ada nilai taranya , Arnold Toynbee berpendapat bahawa falsafah sejarah yang dihasilkan oleh Ibn Khaldun merupakan sumbangan yang terbesar pernah dilahirkan oleh manusia di atas muka bumi ini.
R. Flint pula berpendapat bahawa Ibn Khaldun merupakan ahli falsafah Islam yang tiada bandingannya.
menurut P. K. Hitti , Ibn Khaldun merupakan ahli falsafah Islam, sejarawan Islam yang agung dan seorang daripada sarjana teragung sepanjang zaman.
Menurut G. Sarton, Ibn Khaldun merupakan ahli sejarah dan falsafah agung bukan sahaja pada kurun-kurun pertengahan malah sepanjang zaman, bermula dari zaman ahh-ahli sejarah klasik sehinggalah ke zaman Machiavelli Bodin dan Vico. R. Nicholson berpendapat bahawa tidak ada seorang Muslim yang cuba mengesan secara mendalam akan sebab-sebab peristiwa yang berlaku bagi mendedahkan kuasa-kuasa moral dan spiritual yang mendasari permukaannya, atau untuk mentakdiskan (menyucikan) undang-undang mengenai jatuh bangunnya sesuatu bangsa kecuali Ibn Khaldun .
Rumusan dan pandangan saya ( penulis blog redzuan-ridz) : sesungguhnya Ibn Khaldun merupakan seorang tokoh ilmuwan islam terbilang yaernah dilahirkan islam terutama dalam aspek sejarah dan ketamadunan dan juga sosiologi manusia. Keunggulan Ibn Khaldun dalam aspek teras gagasan pemikiran yang di ketengahkan melalui idea, kritikan , dan teori serta pendekataan terbaru dalam penulisan ilmu sejarah  merupakan sumbangan yang sangat besar kepada peradaban manusia sejagat di dunia. Idea serta sumbangannya diiktiraf oleh sarjana dan para orientalis dari dunia Barat. Namun walaupun karya dan sumbangan Ibn Khaldun diiktiraf sepatutnya bagi saya dunia barat patut memberikan gelaran Bapa Sejarah Dunia kepada Ibn Khaldun. dan bukannya kepadaHerodotusyang diangkat barat sebagai Bapa Sejarah Dunia.
p/s : saya tidak menghuraikan mengenai gagasan dan idea pensejarahan dan pendekatan konsep baru sejarah dan kritikan  Ibn Khaldun  melalui karya agung beliau iaitu muqaddimah. kerana terlalu panjang untuk dimuatkan di dalam entri ini. dan jika ada kelapangan dan saya rajin saya akan kongsikan bahagian 2  sambungan untuk isu ini sekian.
disclaimer : sumber mengenai tokoh ini  saya  ambil  dari nota lecterur, slide presentation / rujukan buku daripada subjek elektif minor saya iaitu Pensejarahan Islam yang saya ambil ketika di Tahun 2 di Universiti Malaya. 
antara rujukan buku : Ilmu Sejarah dan Pensejarahan tulisan lecterur saya sendiri Arba'iyah Mohd Nor (Now Ketua Jabatan di Jabatan Sejarah U.M ) .  sila lihat m/s 190 hingga 195 untuk details mengenai Ibn Khaldun.
lihat juga  2 rujukan tulisan buku ini  : " Ibn Khaldun : His Life and Work " tulisan Mohammad Abdullah Enan. buku ini sangat bagus untuk melihat sumbangan dan hasil kerja Ibn Khaldun. kronologi sejarah beliau
dan untuk melihat lebih analitikal dan details dari segi gagasan pemikiran idea Ibn Khaldun buku ini saya galakkan anda baca buku mengenai "Pemikiran Ibn Khaldun".
ng p
sumber ini Fik petik daripada ! BLOG REDZUAN-RIDZ !

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum! No harsh word please ^-^