Followers

29 May 2013

27/5/2013


Dum ! Dum! 
Happy Birthday!
Hasanah Helwah!
Selamat Hari Jadi! ^^

My birthday! Sekarang Ainaa dah 14 tahun 2hari !Hihihi.... 
Alhamdulillah, terima kasih kerana Engkau memberi aku peluang lagi....
Untuk menyebarkan dakwah- Mu , In Sha Allah....



Mama anak Mama dah besar! Tetapi, pemikiran masih kecil...
Masih memerlukan Mama dalam hidup ini... 
Maaf, jika anak Mama ini membuat Kecik Hati ....
Anak Mama tidak bermaksud untuk berbuat begitu....
Harap Mama ampunkan Anak Mama ni.... 
Mama, doakanlah Anak Mama ini bahagia, sihat dan berjaya...
Doa Mama lah mustajab! 
Anak Mama sayang Mama! 

Mama, terima kasih kerana melahirkan saya.
Abah, terima kasih membesarkan saya =)
Sayang Mama&Abah!!!

28 May 2013

Dah solat Sunat Dhuha?

Keindahan Waktu Dhuha



Hidup ini adalah anugerah ALLAH Taala. Semua yang diaturkan-NYA adalah yang terbaik untuk diri kita. Janji Allah itu pasti. Cinta ALLAH itu agung, kasih sayang Allah itu adalah tak ternilai harganya, tapi kita sebagai makhluknya sering kali alpa, sering kali lalai, sering kali melupakan-NYA. Hinanya diri kita kan?

Kita seringkali lupa untuk bersyukur, kita sering kali lupakan DIA, tapi DIA tak pernah pun sesaat melupakan kita. Kenapa kita jadi macam nie? kita tak da rasa malu ke? hidup kita ini hanya sementara duhai teman, duhai diri ku...hidup kita memang hanya sementara didunia ini...so, kenapa kita tak berusaha meraih CINTA ALLAH...kita di dunia ini bukan untuk bermaharajalela, bukan untuk mengejar kekayaan DUNIAWI, tapi kita disini untuk menyemai rasa CINTA kepada-NYA, kita disini untuk menyiapkan diri menghadapi-NYA kelak. Jadi muhasabah diri dan perbaiki peribadi..

Jom kita latih diri untuk mergerjakan SOLAT DHUHA, insyaAllah kita beroleh manfaat DUNIA dan AKHIRAT. Jom istiqamah!. Doakan diri kita boleh buat demi meraih CINTA-NYA. Amin Ya rabb...

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

Maksudnya; “Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: ”Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

”Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud)

Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher


myheppi





18 May 2013

Cikgu


Haiiiiiiii! Senyum sana Senyum sini....
Lama tak berbicara di sini..... Seperti biasa, tanganku yang comel lagi kiut nie mals nak 
menaip.... 

Pada 16 MEI yang lalu, seluruh sekolah telah menyambut satu MAJLIS yang sangat bermakna lagi manis untuk warga - warga tenaga di sekolah. That day is Teacher's Day!
So, all the school have celebrate the ceremony... 
(whoa? Speaking Lundang sikit)

Aina nak cakap  "SELAMAT HARI GURU" kepada semua guru -guru di MALAYSIA terutamanya di S3K3 andddd SMEKAM ! "SAYAMMM CIKGU" (muah! stepek!)

Guru jasamu akanku kenang. Guru engkaulah yang mengajar ku ABC , 123....
Kau korbankan masa mu untuk mengajar kami. Tak terbalas semua yang kau berikan.

Jiwang sikit -,- .... (peace yaw!)
But yang paling happy sekali, Aina jumpa dengan Cikgu Noraizam! 
Sempat wish dekat dia but, tak beli hadiah
untuknya.....
Lain
kali la cikgu desh.....


bhai!!!