Followers

20 Oct 2013

Ibnu Taimiyah

Siapakah Ibnu Taimiyah disisi Imam Muktabar?


Pendapat Ulama-ulama tentang Imam Ibnu Taimiyah r.a.h... 

 Imam Ibnu katsir merupakan salah seorang anak muridnya...beliau merupakan seorang yang alim dan Ahli Tafsir yang hebat...Ketika beliau hampir menemui ajalnya, beliau pernah berpesan kepada pengikutnya supaya menanam jenazahnya di sebelah makam gurunya iaitu Imam Taimiyah...Kitab tafsirnya ( Tafsir Ibnu Kastir) diakui seluruh dunia dan dipakai guna oleh ulama-ulama masa kini.. Malah di pengajian penulis di Universiti Al Azhar, doktor Al Azhar juga mnggunakan pandangan imam Ibnu Taimiyah dan tafsir ibnu katsir dan tidak pernah menghina mereka...Ibn Qayim Aljauziyah  juga anak muridnya yang terkenal dan diguna pakai pandangan diseluruh dunia termasuk di Al Azhar ini...
Dr yusuf AlQardawi pernah menyatakan bahawa beliau amat mengagumi kepada keilmuan ibnu Taimiyah dan menyatakan bahawa pandangan Ibnu Taimiyah merupakan pandangan yang paling dekat dengan pandangannya...
Azzahra, tokoh ilmu yang alim di mesir pernah di war-warkan bahawa beliau amat membenci kepada Ibnu Taimiyah di dalam kitabnya...tetapi apabila dikaji kitabnya, tidak ada satu pun pendapatnya menyatakan bahawa beliau membencinya..malah beliau menyatakan bahawa beliau amat manyanjungi Imam Ibn Taimiyah...
Al-Allamah As-Syaikh Al-Karamy Al-Hambali dalam Kitabnya Al-Kawakib AD-Darary yang disusun khusus mengenai manaqib (pujian terhadap jasa-jasa) Ibnu Taimiyah, berkata: “Banyak sekali imam-imam Islam yang memberikan pujian kepada (Ibnu Taimiyah) ini. Diantaranya: Al-Hafizh Al-Mizzy, Ibnu Daqiq Al-Ied, Abu Hayyan An-Nahwy, Al-Hafizh Ibnu Sayyid An-Nas, Al-Hafizh Az-Zamlakany, Al-Hafidh Adz-Dzahabi dan para imam ulama lain.
Al-Hafizh Al-Mizzy mengatakan: “Aku belum pernah melihat orang seperti Ibnu Taimiyah ….. dan belum pernah kulihat ada orang yang lebih berilmu terhadap kitabullah dan sunnah Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam serta lebih ittiba’ dibandingkan beliau.”
Al-Qadhi Abu Al-Fath bin Daqiq Al-Ied mengatakan: “Setelah aku berkumpul dengannya, kulihat beliau adalah seseorang yang semua ilmu ada di depan matanya, kapan saja beliau menginginkannya, beliau tinggal mengambilnya, terserah beliau. Dan aku pernah berkata kepadanya: “Aku tidak pernah menyangka akan tercipta manasia seperti anda.”
Al-Qadli Ibnu Al-Hariry mengatakan: “Kalau Ibnu Taimiyah bukah Syaikhul Islam, lalu siapa dia ini ?” Syaikh Ahli nahwu, Abu Hayyan An-Nahwi, setelah beliau berkumpul dengan Ibnu Taimiyah berkata: “Belum pernah sepasang mataku melihat orang seperti dia …..” Kemudian melalui bait-bait syairnya, beliau banyak memberikan pujian kepadanya.
Penguasaan Ibnu Taimiyah dalam beberapa ilmu sangat sempurna, yakni dalam tafsir, aqidah, hadits, fiqh, bahasa arab dan berbagai cabang ilmu pengetahuan Islam lainnya, hingga beliau melampaui kemampuan para ulama zamannya. Al-‘Allamah Kamaluddin bin Az-Zamlakany (wafat th. 727 H) pernah berkata: “Apakah ia ditanya tentang suatu bidang ilmu, maka siapa pun yang mendengar atau melihat (jawabannya) akan menyangka bahwa dia seolah-olah hanya membidangi ilmu itu, orang pun akan yakin bahwa tidak ada seorangpun yang bisa menandinginya”. Para Fuqaha dari berbagai kalangan, jika duduk bersamanya pasti mereka akan mengambil pelajaran bermanfaat bagi kelengkapan madzhab-madzhab mereka yang sebelumnya belum pernah diketahui. Belum pernah terjadi, ia bisa dipatahkan hujahnya. Beliau tidak pernah berkata tentang suatu cabang ilmu, baik ilmu syariat atau ilmu lain, melainkan dari masing-masing ahli ilmu itu pasti terhenyak. Beliau mempunyai goresan tinta indah, ungkapan-ungkapan, susunan, pembagian kata dan penjelasannya sangat bagus dalam penyusunan buku-buku.”