Followers

17 Mar 2013

Nombor 2 Nombor Bertuah

 
Alohaaa~
Apa habaq ? I'm here feel very - very tired ...
Ini berpunca merentas desa pada Sabtu yang lepas ...
3.7 km , jauh. Ramai perempuan pengsan. Kesian, huhu.
Aina sakit teruk kat kaki. Nak jalan susah!
Jalan senget sebelah. Malu !
 
By the way, lelaki lagi jauh, nak hampir 7km. (kesian gewe lari penat)
Nak balik rumah  T_T .
Tapi tak boleh esok ada PBS, kena periksa.
Kalau tak datang, melayang la markah BAND 6 !
Naik tangga turun tangga, boleh tahan sakitnye! Kesian diriku...
 
Pada Jumaat yang lepas, asrama aras 1 tak der letrik!
My room! Duduk dalam gelap 2 hari. (sabtu n jumaat)
But, i feel very lucky! Sebab hari Jumaat Aina tak datang! .....
Yeay! Hari Sabtu pulak Aina tidur dorm orang lain.
Sebab takut..... -_- (pecah rahsia)
 
Okay, straight to the point!
Apalah yang Nombor Bertuah sangat tu? ...
 
Jeng Jeng Jeng!!
 
Keputusan merentas desa haritu....
 
1. Biru
2. Kuning
3. Hijau
4. Merah
 
 
Rumah Biru menang!
Congrats ~ Tahun lepas nombor 4 naik jadi Nombor 1 ... (terkejut)
Aina rumah sukan Kuning, dapat Nombor 2...
Congratsz~ 2 tahun berturut - turut nombor 2... Tahun depan Nombor 1 la pulop!!
 
Amin
 
Aina masuk kategori 15 Perempuan... (Form 2 & 3)
Dan keputusannya, jeng jeng jeng~
 
 
Glitter Graphics
 
Alhamdulillah! Aina Naib Johan! Walaupun turun satu anak tangga pada tahun lepas..
But, i want to say Thank You Allah .....
Johan , kakak Form 3. Tahniah....
Memang dia guna strategik.. (sayan dapat bau strategik anda)
Tahun lepas dia nombor satu,kalau tak silap la......
 
Lari - lari, sakit sendiri tanggung~~ .....
Hari khamis! Ku menanti mu!!!
Tadi pun tidur time sains .... Letih!!!!
 
K, bhaaaaaaiiiii!!!
Wassalam..
 
Sincerly,
Aina
 

10 Mar 2013

Lelaki Dan Wanita Berpurdah

 
Haip~ ^^
Lama menyepi...Time ICT nie, update2 blog la kerjanye.
Nak share something.. Baru baca tadi!!
Jom layan...
 

Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. Adakah ini khayalanku sahaja? bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.

Siapakah wanita itu?

Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.

Adakah wanita itu orang gila?

Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.

Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.

Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. Kuncikan pintu itu, kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, dan bawakan kuncinya. Aku akur.

Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu, kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. Buang-lah, ujar wanita itu sambil ketawa, tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari? Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.

Waktu maghrib sudah hampir selesai, kata wanita itu bernada sedikit menyindir. Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan? Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.

Tiba masanya untuk melihat aku, kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. Pandang aku sungguh-sungguh, kata wanita itu lagi.

Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari. Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.
 
 
sumber: myheppi.com
 
 

3 Mar 2013

Cerita Terakhir Abah

 

"Kamu semua ni nak masuk neraka ke?,” tegas Abang Din. " Alah, mentang-mentang la anak kesayangan abah, ingat kau ketua Din?!,” balas Kak Lin.

Suasana menjadi amat tegang. Ketika itu berlinang air mata abah mendengar anak-anaknya berebut harta pusakanya. "Korang ingat aku nak sangat harta abah ni?, korang nak,korang ambil semua, aku tak heran,” Abang Din bersuara dengan tegas. Kak Lin, Angah, dan Wan terpaku mendengar kata-kata Abang Din.

Abang Din merupakan anak kedua dari empat adik-beradik. Kak Lin, Abang Din, Angah dan Wan. Setelah kematian emak, Abang Din yang banyak berhempas-pulas bagi membiayai kos perubatan abah dan yuran pengajian Wan.

Abang Din melakukan kerja-kerja kampung seperti mengambil upah memetik kelapa, membersih ladang dan sebagainya. Kak Lin bekerja sebagai akauntan di ibu kota, Kuala Lumpur. Semenjak berkahwin, Kak Lin jarang sekali pulang ke rumah dengan alasan sibuk bekerja. Angah pula seorang mekanik di Puchong, Selangor. Sejak akhir-akhir ini, Angah selalu mengalami masalah kewangan. Wan pula masih menuntut di Universiti.

"Din, jangan bergaduh.. biarkan saja mereka..,?' kata abah dengan teresak-esak. Abah begitu enggan untuk ke hospital. Penyakit diabetes mellitus yang dihadapinya sekian lama semakin parah. "Bah.. mari la pergi hospital, nanti makin teruk sakit abah tu,” Abang Din memujuk abah.

" Yang Abang Din ni beria-ia nak hantar abah ke hospital ni apa hal?,” Angah mencelah. "Kau Angah, kalau selagi abah tak mati memang kau tak senang,” Abang Din membalas. Sekali lagi air mata abah mengalir. "Sudah-sudah, hantar abah ke hospital, tak sanggup aku tengak korang ni,” kata abah dengan perlahan.

"Encik Din, keadaan ayah Encik Din ni amat tenat, kami cuba sedaya-upaya, yang lain kita berserah kepada Allah Ta'ala,” ujar doktor.

"Ha! tengok la Din, semenjak abah dimasukkan ke hospital, keadaan abah makin teruk, suka la kau kan, nanti boleh bolot semua harta abah,” kata Kak Lin.

Abg Din menangis, terus meninggalkan Kak Lin dan Angah. "Sabar la Abang Din, kak Lin dengan Angah memang macam tu, dari kecil lagi,” pujuk Wan.

"Mujur ada kau Wan, kalau tidak, memang Abang Din patah hati,” ujar Abang Din.

Selang beberapa hari selepas itu, abah dikatakan berada di tahap kritikal. Doktor meminta semua ahli keluarga berkumpul. Kak Lin dan Angah segera pulang. Kebetulan Wan ketika itu sedang cuti semester. "Abah tenat ni," kata Wan. " Ni Abang Din kau lah punya pasal," balas Kak Lin.

Tidak lama sesudah itu dari jauh kelihatan Abang Din berpakaian lusuh berjalan ke katil abah. Abang Din hampiri abah. Tiba-tiba nafas abah tersekat-sekat seperti ingin meluahkan sesuatu.

Di tangan abah terpegang kemas sepucuk surat bersampul putih.

Suasana sungguh sayu ketika itu. Wan menangis teresak-esak. Air mata berlinang di pipi abah. Abang Din memeluk abah dengan erat. Abah menunjukkan isyarat supaya Abang Din mengambil surat tersebut.

“Din , abah suruh ambil surat tu , ambil je la” Kak Lin nada menyindir. “ Mengucap bah, mengucap.. ” ajar Abang Din. Abah sedang nazak dan Abang Din berusaha mengajar abah untuk mengucap. Begitu lumrah dunia , tiap-tiap yang hidup pasti akan merasai kematian.

Abah menghembus nafas terakhir. Abang Din menyeluk tangannya ke dalam poket seluarnya menyimpan surat abah. " Ha! Abang Din tunggu apa, bacalah apa abah tulis cepat,!” desak Angah. Abang Din hanya mendiamkn diri. Hanya kata-kata yang dapat diluah dengan air mata.

Selepas majlis pengebumian abah, semua berkumpul untuk mendengar surat yang ditulis abah. Abang Din membaca surat tersebut;

Kehadapan anak-anak abah sekalian
Abah memohon ampun atas segala dosa abah,
Abah gagal dalam mendidik kamu semua,
Abah gagal mengajar dan mendidik kamu apa itu kehidupan.
Sungguh tidak layak digelar seorang abah.

Anak-anak abah,
Dari kecil abah cuba memahami kamu semua,
Abah cuba melakukan yang terbaik,
Tapi mungkin usaha abah masih belum cukup.

Anak-anak abah,
Abah tidak harapkan balasan dari kamu semua,
Abah tidak ingin kemewahan dari kamu semua,
Tapi cukup lah abah dapat melihat wajah kamu semua,
Itulah hiburan hati kesunyian abah.

Anak-anak abah,
Adakah dengan pemergian abah ini,
Suatu yang diharapkan,
Adakah ini penghujung hubungan antara kamu semua,
Bimbang hati abah memikirkannya.

Anak-anak abah,
Jika semua harta itu pengubat luka mu,
Ambil lah, Abah tidak punya harta untuk bawa ke sana,
Abah hanya mengharap doa dari anak-anak abah.

Anak-anak abah,
Abah mengampuni segala dosa kamu,
Tidak sikit pun abah menyimpan dalam hati sanubari abah,
Hanya satu pinta abah, doakan kesejahteraan abah di sana.