Followers

27 Oct 2013

Ibn Khaldun : Tokoh Sejarawan dan Sosiologi Islam Yang Agung


ibn-khaldun-inner-image
Latar Belakang Ibn Khaldun 
Nama sebenar  Ibn Khaldun ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Khaldun al-Hadrami . Beliau dilahirkan di Tunis pada tahun 732H (1331M) dan meninggal dunia pada tahun 808H (1406 M). Keluarganya berasal dari Hadramaut yang kemudiannya berpindah ke Seville (Sepanyol) dan akhirnya ke Tunis tempat beliau dilahirkan. Ibn Khaldun merupakan seorang sarjana Islam yang terkenal dalam bidang sejarah dan sosiologi , selain sebagai tokoh agama dan politik yang terkenal pada kurun ke-8 Hijrah (kurun 14 Masihi).
Ibn Khaldun telah menuntut ilmu-ilmu agama dalam bidang fikah, tafsir, hadis dan ilmu-ilmu berbentuk akii seperti ilmu logik, falsafah dan matematik serta ilmu bahasa Arab daripada beberapa sarjana yang terkenal ketika itu. Beliau kemudiannya mengajar dan memegang jawatan-jawatan penting di Tunis, Algeria, Maghribi dan Mesir. Antaranya beliau pernah dilantik menjadi Ahli Persuratan di Istana Fas, dan dilantik menjadi  hajib (menyamai taraf Perdana Menteri) di Bougie, bertugas menjadi seorang kadi dan khatib. Sewaktu di Mesir beliau telah dilantik memegang jawatan Hakim Mahkamah Raja. dan juga Setiausaha  Raja Muda Abu Ishak ketika usia beliau baru 25 tahun.
Pada tahun 789 H (1387 M), sekembalinya dari menunaikan fardhu haji beliau menumpukan pula perhatian kepada bidang penulisan. Minat beliau terhadap penulisan adalah cetusan daripada pembelajaran dan pengalaman yang kaya dalam disiplin ilmu-ilmu tradisional dan ilmu pengetahuan semasa, terutamanya dalam bidang politik. Gabungan ilmu dengan pengalaman mi menyebabkan beliau peka dengan makna dan pengertian sejarah. Ketika itu umat Islam sedang menempuhi zaman kemerosotan kuasa politik dan peradaban Islam semakin tergugat benkutan ancaman dari kemunculan dunia Barat. Ini membangkitkan semangat beliau untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Islam tentang erti dan maksud tamadun yang sebenar berdasarkan perubahan- perubahan yang berlaku dalam sejarah ketamadunan manusia.
Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik kepadanya. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga diiktiraf  sebagai bapa sejarah kebudayaan  dan bapa sains sosial moden. Ibn Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (“Pengenalan”). Ibn Khaldun juga menulis Sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung.

20 Oct 2013

Ibnu Taimiyah

Siapakah Ibnu Taimiyah disisi Imam Muktabar?


Pendapat Ulama-ulama tentang Imam Ibnu Taimiyah r.a.h... 

 Imam Ibnu katsir merupakan salah seorang anak muridnya...beliau merupakan seorang yang alim dan Ahli Tafsir yang hebat...Ketika beliau hampir menemui ajalnya, beliau pernah berpesan kepada pengikutnya supaya menanam jenazahnya di sebelah makam gurunya iaitu Imam Taimiyah...Kitab tafsirnya ( Tafsir Ibnu Kastir) diakui seluruh dunia dan dipakai guna oleh ulama-ulama masa kini.. Malah di pengajian penulis di Universiti Al Azhar, doktor Al Azhar juga mnggunakan pandangan imam Ibnu Taimiyah dan tafsir ibnu katsir dan tidak pernah menghina mereka...Ibn Qayim Aljauziyah  juga anak muridnya yang terkenal dan diguna pakai pandangan diseluruh dunia termasuk di Al Azhar ini...
Dr yusuf AlQardawi pernah menyatakan bahawa beliau amat mengagumi kepada keilmuan ibnu Taimiyah dan menyatakan bahawa pandangan Ibnu Taimiyah merupakan pandangan yang paling dekat dengan pandangannya...
Azzahra, tokoh ilmu yang alim di mesir pernah di war-warkan bahawa beliau amat membenci kepada Ibnu Taimiyah di dalam kitabnya...tetapi apabila dikaji kitabnya, tidak ada satu pun pendapatnya menyatakan bahawa beliau membencinya..malah beliau menyatakan bahawa beliau amat manyanjungi Imam Ibn Taimiyah...
Al-Allamah As-Syaikh Al-Karamy Al-Hambali dalam Kitabnya Al-Kawakib AD-Darary yang disusun khusus mengenai manaqib (pujian terhadap jasa-jasa) Ibnu Taimiyah, berkata: “Banyak sekali imam-imam Islam yang memberikan pujian kepada (Ibnu Taimiyah) ini. Diantaranya: Al-Hafizh Al-Mizzy, Ibnu Daqiq Al-Ied, Abu Hayyan An-Nahwy, Al-Hafizh Ibnu Sayyid An-Nas, Al-Hafizh Az-Zamlakany, Al-Hafidh Adz-Dzahabi dan para imam ulama lain.
Al-Hafizh Al-Mizzy mengatakan: “Aku belum pernah melihat orang seperti Ibnu Taimiyah ….. dan belum pernah kulihat ada orang yang lebih berilmu terhadap kitabullah dan sunnah Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam serta lebih ittiba’ dibandingkan beliau.”
Al-Qadhi Abu Al-Fath bin Daqiq Al-Ied mengatakan: “Setelah aku berkumpul dengannya, kulihat beliau adalah seseorang yang semua ilmu ada di depan matanya, kapan saja beliau menginginkannya, beliau tinggal mengambilnya, terserah beliau. Dan aku pernah berkata kepadanya: “Aku tidak pernah menyangka akan tercipta manasia seperti anda.”
Al-Qadli Ibnu Al-Hariry mengatakan: “Kalau Ibnu Taimiyah bukah Syaikhul Islam, lalu siapa dia ini ?” Syaikh Ahli nahwu, Abu Hayyan An-Nahwi, setelah beliau berkumpul dengan Ibnu Taimiyah berkata: “Belum pernah sepasang mataku melihat orang seperti dia …..” Kemudian melalui bait-bait syairnya, beliau banyak memberikan pujian kepadanya.
Penguasaan Ibnu Taimiyah dalam beberapa ilmu sangat sempurna, yakni dalam tafsir, aqidah, hadits, fiqh, bahasa arab dan berbagai cabang ilmu pengetahuan Islam lainnya, hingga beliau melampaui kemampuan para ulama zamannya. Al-‘Allamah Kamaluddin bin Az-Zamlakany (wafat th. 727 H) pernah berkata: “Apakah ia ditanya tentang suatu bidang ilmu, maka siapa pun yang mendengar atau melihat (jawabannya) akan menyangka bahwa dia seolah-olah hanya membidangi ilmu itu, orang pun akan yakin bahwa tidak ada seorangpun yang bisa menandinginya”. Para Fuqaha dari berbagai kalangan, jika duduk bersamanya pasti mereka akan mengambil pelajaran bermanfaat bagi kelengkapan madzhab-madzhab mereka yang sebelumnya belum pernah diketahui. Belum pernah terjadi, ia bisa dipatahkan hujahnya. Beliau tidak pernah berkata tentang suatu cabang ilmu, baik ilmu syariat atau ilmu lain, melainkan dari masing-masing ahli ilmu itu pasti terhenyak. Beliau mempunyai goresan tinta indah, ungkapan-ungkapan, susunan, pembagian kata dan penjelasannya sangat bagus dalam penyusunan buku-buku.”

29 Sept 2013

Ibnu Rusyd Berilmu Tinggi =)

Biografi

Ibnu Rushd lahir dalam keluarga yang berilmu dan ternama. Bapanya dan datuknya merupakan kadi di Cordova (sekarang Sepanyol). Beliau telah dihantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudiannya menjadi rakan karibnya.
Ibnu Rushd mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada rakannya yang juga merupakan tokoh perubatan yang terkenal di Sepanyol, Ibnu Zuhr yang pernah bertugas di sebagai doktor istana di Andalusia.
Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment.
Selain menjalin perhubungan yang akrab dengan Ibnu Zuhr, Ibnu Rushd juga mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Islam Muwahidin. Hubungan ini telah membolehkan Ibnu Rusyd dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun 1169. Dua tahun kemudian, beliau dilantik menjadi hakim di Cordova.
Selepas beberapa waktu menjadi hakim, beliau dilantik sebagai doktor istana pada tahun 1182 berikutan persaraan Ibn Tufail. Ramai yang berasa cemburu dan dengki dengan kedudukan Ibnu Rusyd. Kerana desakan dan tekanan pihak tertentu yang menganggapnya sebagai mulhid, beliau dibuang ke daerah Alaisano.
Setelah selesai menjalani tempoh pembuangannya, beliau pulang semula Cordova. Kehadirannya di Cordova bukan sahaja tidak diterima, tetapi beliau telah disisihkan oleh orang ramai serta menerima pelbagai penghinaan daripada masyarakatnya.
Pada lewat penghujung usianya, kedudukan Ibnu Rusyd dipulihkan semula apabila Khalifah Al-Mansor Al-Muwahhidi menyedari kesilapan yang dilakukannya. Namun, segala kurniaan dan penghormatan yang diberikan kepadanya tidak sempat dikecapi kerana beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1198.

Sumbangan

Averroes closeup.jpg
Kematiannya merupakan kehilangan yang cukup besar kepada kerajaan dan umat Islam di Sepanyol. Beliau tidak meninggalkan sebarang harta benda melainkan ilmu dan tulisan dalam pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa, dan nahu.

Falsafah dan ilmu logik

Ibnu Rushd terkenal untuk terjemahan hasil kerja Aristotle yang dilupai barat. Melalui terjemahan dari bahasa latin oleh Ibnu Rushd pada awal abad ke-12, pengetahuan yang ditinggalkan oleh Aristotel mula diketahui ramai di barat.
Hujah Ibnu Rushd dalam The Decisive Treatise menjustifikasi pembebasan sains dan falsafah dari aliran rasmi mazhab Ash'ari. Ini menyebabkan sebahagian sarjana menganggap Ibnu Rushd sebagai bapa kepada fahaman sekularisme di Eropah barat.
Ibnu Rushd menterjemah dan memberi komen hasil kerja Aristotle selama hampir tiga dekad. Beliau banyak mempengaruhi falsafah dunia Islam. Dalam hasil kerjanya Fasl al-Maqal (The Decisive Treatise), beliau menekankan pentingkan berfikir secara analitikal untuk menterjemah Quran dan ini bertentangan dengan pandangan konservatif ulama' Islam di mana penekanan pentafsiran Quran diletakkan kepada sumber seperti hadith.
Pembicaraan falsafah Ibnu Rushd banyak tertumpu pada persoalan yang berkaitan dengan metafizik, terutamanya ketuhanan. Beliau telah mengemukakan idea yang bernas lagi jelas, dan melakukan pembaharuan semasa membuat huraianya mengenai perkara tersebut.
Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam tulisannya, terutamanya dalam bidang falsafah, telah mempengaruhi ahli falsafah Barat. Dua orang ahli falsafah Eropah, iaitu Voltaire dan Rousseau dikatakan bukan sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibnu Rusyd, tetapi memperolehi ilham daripada pembacaan karyanya.
Pemikiran Voltaire dan Rousseau telah mencetuskan era Renaissance di Perancis sehingga merobah wajah Eropah keseluruhannya sebagaimana yang ada pada hari ini. Masyarakat Barat sebenarnya terhutang budi kepada Ibnu Rusyd kerana pemikirannya, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, telah mencetuskan revolusi di benua Eropah.

8 Sept 2013

Ibnu Sina

== Sejarah dan latar belakang ==
Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan [[980]] M. Pengajian peringkat awalnya bermula di [[Bukhara]] dalam bidang [[bahasa]] dan [[sastera]]. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, [[logik]], [[matematik]], [[sains]], [[fiqah]], dan [[perubatan]].

Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.

Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran ''al-Syeikh al-Rais'' (Mahaguru Pertama).

18 Aug 2013

Merdeka! Merdeka!


Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni.  
Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara.
Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 berjaya mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan.
Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh orang Melayu termasuk Majlis Raja-Raja. Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan En. Zainal Abidin (Za’ba) ditubuhkan.

Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang akan dibentangkan dalam kongres akan datang. Dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bharu Dato’ Onn Jaafar mengumumkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. penubuhan ini bertujuan untuk memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan berdaulat, memajukan dan memelihara kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaya  dan memelihara dan mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu.
Penentangan mereka berjaya mengubah Malayan Union kepada Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 yang mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan. Perjuangan orang Melayu berjaya membentuk Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 buah negeri Melayu iaitu Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Ia diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif dan dibantu serta dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.
Kedudukan Majlis Raja-Raja berjaya diletakkan pada tempat yang lebih baik yang antara lain berfungsi menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar-dasar yang akan dilaksanakan di Persekutuan Tanah Melayu. Jawatan Residen diganti oleh seorang Menteri Besar. Sementara syarat-syarat kerakyatan diperketatkan melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara permohonan.

Selangkah orang Melayu terus mara dengan kesatuan yang bulat untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. UMNO dipimpin oleh ramai tokoh yang terbilang seperti Datuk Onn Jaafar, Tun Abdul Razak, Ghaffar Baba, Dr. Ismail, Aziz Ishak, Sardon Jubir dan sebagainya untuk menyusuri jalan kemerdekaan. Pelantikan Tunku Abdul Rahman Putra menggantikan Dato’ Onn Jaafar yang meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO pada 26 Ogos 1951 nyata membuka lembaran baru dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

Ternyata perjuangan berabad lamanya orang Melayu bermula sejak kejatuhan Kerajaan Melaka, orang Melayu bersama sultan atau pemimpin tempatan sentiasa cuba mengembalikan maruah bangsa dan negara. Perjuangan mereka dimulai secara perang gerila sebagaimana dirintis oleh bekas kesultanan Melaka (1511) dan kesultanan Johor, Raja Haji (1782), Dol Said (1831), Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor (1875), Datuk Bahaman, Mat Kilau (1891), Tok Janggut (1914), Haji Abdul Rahman Limbong (1928), Datu Mat Salleh (1894), Sharif Mashahor (1860), Rentap (1853) dan sebagainya.

Bentuk perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan pada sekitar awal 1900 mula digerakkan oleh golongan agama seperti Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, pergerakan Hizbul Muslimin, pondok agama Gunung Semanggol,  begitu juga peranan Syeikh Abdullah Fahim, guru agama di Kepala Batas pada tahun-tahun 1930-an dan guru-guru Melayu khususnya dari Sultan Idris Training College.

Selepas itu, bentuk perjuangan berubah menggunakan tinta dan mata pena. Mereka daripada kalangan novelis, cerpenis, penyajak dan wartawan Melayu khususnya daipada Utusan Melayu banyak memberikan pendedahan mengenai perjuangan membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan. Antara pelopornya ialah Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), A. Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Mohamad, Ahmad Boestamam, Usman Awang, Shahnon Ahmad dan ramai lagi hingga sebahagian daripada mereka menjadi buruan Inggeris dan dipenjarakan. Sesungguhnya apabila kita menyusuri akar perjuangan kemerdekaan, ternyata ia telah banyak menumpahkan keringat, darah dan air mata.



29 Jun 2013

Make She Happy?

Haip!!! Hello!!! Bloggers,Facebookers...
Sepatutnya post ini Di'update' pada hari Jumaat lepas.
But, diriku berasa penat berpunca daripada asrama...

Firstly, I want to say Congratulation to 2IbnuSina (myclass) for winning the First place in Drama Competition!
Alhamdulillah, dapatla RM 200 and sebutir hamper yang habis dimakan oleh warga-warga 2IS.
Aina jadi FATHER yang berwawasan lagi bertanggung jawab dalam drama tu. RUMPLESTILTSKIN!

So,pada hari Rabu kitorang berbincang nak buat apala duit RM 200 tu.
Habis bising satu kelas! Macam perang dunia jer, nasib baik sekolah tak runtuh .

Finally, kami sebulat suara nak buat hari Khamis iaitu keesokan harinya. Memang rushing habis!
Inipun sebab our Mother, Najah Fareeha nak pindah sekolah!
Bukan kat KokLanas, tapi kat Kuala Lumpur babe! Jauh !!! 
Kami nak buat dia Happy sebelum meninggalkan Kelatey negeri kitow nih!

Semua pelajar perempuan pergi,and hanya 5 orang pelajar lelaki.
Boleh tahan handsome la diorang. (wkwkwkwk)
Kebas, naik kembang hidung diorang kalau kena puji..

Yang membuat ku HAPPY sekali ialah KFC!!
Hahahaha, KFC 4 bulan berturut-turut Aina makan. Boleh tahan pipi ku nie mengembang, terlebih isipadu!
Setiap gambar ada coletehnya! 

Ready, 1,2,3




This, girl NAJAH!!





Gambar ni , Like it!! 


Dalam KFC, bergegar dengan bunyi kitorang gelak2. 
Macam, KFC nie Ana(saya) yang Punya!! Hahaha!
Siap ade kek and hadiah lagi!
Rasa hanppy pula pindah sekolah nih! Shaliza, Izzati termasuk diriku pun berasa nak pindah sekolah!
Huhuhu, memang mabuk jer kami nih....
Tak sanggupla nak pindah, tinggalkan kawan2 seperjuangan! Memang perangai diorang dah sebati dengan Aina.. Macam-macam kerenah diorang boleh saje buat Aina gelak sakan!

To Najah,

Assalamualaikum, ya Ukhti.
Ana ingin memohon maaf dengan anti!
Dari hujung rambut, mata lidah hingga hujung kaki, Ana mohon maaf!
Terima kasih kerana beri nasihat, tolong selesaikan masalah dan paling penting!
Menjadi SAHABAT saya.

Harap awak gembira dengan jamuan yang kami buat itu KHAS untuk awak!
If, ada masa. Najah datangla SEMEKAM deh! Jumpa kitorang nih!
Jangan lupa kitorang. Awak selalu dekat di hati kami!
Di sana, teruskan perjuangan anda di sana!
Sebarkan cinta-Mu di Bumi Selangor!
Sayang Najah ketad2!!


Wassalam,
ɐuıɐ‾ʞıʇuɐɔƃuɐʎɐʇɐɯ

8 Jun 2013

Pergi Sekolah!




Alhamdulillah, i still alive today. 
Masih boleh bernafas, dan masih boleh menaip! 
Senyum memanjang. Cuti 2 minggu dah habis! Huahuahua >.<

Welcome Back To School!


Negeri Kelate sekolah doh arinie* 0_0
Cikgu, bagilah cuti 2 bulan lagi. Hehe, tak pasal kena cepuk dengan
cikgu..
Tapi, sekolah kena pergi juga. Nak jadi Doktor? Ustaz? or Anything.
Kena ada ilmu. Ilmu ada pada Cikgu. Cikgu ada di sekolah, so, kena pergila sekolah!

Cukuplah cuti 2 minggu. Penuh perut makan GULAI!
Ramai yang jemput, Aina tak pergi pun. Hahahaha *sign*
Malaslah cheq nak pergi rumah orang. Rimas, terlalu banyak manusia dan pasang - pasang mata yang tidak enak dipandang. Fuh
Yang baru menikah tui want to say SELAMAT PENGANTIN BARU!!!

-Kasi hadiah senyuman jerla.-


Ada yang pergi Umrah, accept my friend Shafiqah. Dia selamat sampai! Yeay!


Menuntut Ilmu Bererti Menuju ke Syurga

‡Daripada Abu Darda¶ r.a berkata: Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda: ³Barangsiapa yang menjalani satu jalan ilmubererti ia telah menjalani suatu jalan daripada jalan-jalansyurga. Sungguhnya para malaikat menghamparkansayapnya kerana redha bagi orang yang menuntut ilmu. Dansesungguhnya orang yang ada diseluruh lapisan langit danbumi meminta ampun bagi orang yang alim sehingga ikanyang ada dilaut. Dan sesungguhnya kelebihan orang yangalim atas orang yang abid seperti kelebihan bulan purnamaatas sekalian bintang-bintang. Dan sesungguhnya ulama¶ itu pewaris Nabi-nabi. Dan para Nabi itu sebenarnya tidak mewariskan dinar (wang emas) dan dirham (wang perak)tetapi yang diwariskan oleh mereka ialah ilmu. Makabarangsiapa mengambil ilmu bererti ia telahmengambil habuan yang paling sempurna´.

Hadis Riwaat Abu Daud

Wassalam...

1 Jun 2013

I'm In Cloud Nine

 

Annyeong! 
Chingu annyeonghaseyo? Yeoleobun modu leul geuliwo! 
 Yoru!
Yūjin kon'nichiwa.?Anata no subete o ketsujō! 
Hai!
Apa khabar kawan? Rindu korang!
Ambik kau 3bahasa bagi.....! Heehehe, modal untuk post! 
I want to say , I'm in the Cloud Nine!
Whoa? Aina, what are you talking about? Cloud Nine? , the junkfood isn't?

oh! No!! Cloud Nine is mean, Felt very happy! I have learn in my english lesson.
Thanks to you teacher! I can use it in my essay like this post! Hahahaha!
Okay, good Dear! 

Today, i have reunion with my beloved chingu! Farah Aini, Asniza, Syarifatun, and Zulaikha!
I feel more better after meet them! Thank you my besties! >.<
You're the best! But,i felt sad cosz Ramizah are not there!

Ramizah? She's my friend when i was 5 years old.
I miss her laaaa! When we'll meet hah? 
If Allah will, we will meet.Semoday? Maybe....

Okay, stop *meroyan*.

Aina jumpa kawan di KFC Kubang Kerian. Tepat pukul 11.30 pagi lagi Aina and Syarifatun 
dah tercegat kat situ. Duduk atas kerusi semua benda dibualkan. Memang tak berhenti! 
Memang nasib, Syarifatun and Aina nie banyak cakap. Aina rindu kat dia!

Time makan, memang bising dalam KFC. Pakat melepaskan rindu blako!
Hahaha! Rasa happy sangat! I'm In Cloud Nine! 

Selepas makan, pergi SMO , beli buku.
Ain beli novel , Aina beli buku rawat hati, Cewah! Hebat kau Aina!
Hahah! Jom serbu gambar!

*Gwiyomi*
 


Okay!Setakat nie jer la!




Dalam sebuah hadis ada keterangan :
“Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan kawan
.”

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
Menurut ahli syair pula :
“Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”
Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaru hi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya.


Wassalam,
Mata Yang Cantik.

29 May 2013

27/5/2013


Dum ! Dum! 
Happy Birthday!
Hasanah Helwah!
Selamat Hari Jadi! ^^

My birthday! Sekarang Ainaa dah 14 tahun 2hari !Hihihi.... 
Alhamdulillah, terima kasih kerana Engkau memberi aku peluang lagi....
Untuk menyebarkan dakwah- Mu , In Sha Allah....



Mama anak Mama dah besar! Tetapi, pemikiran masih kecil...
Masih memerlukan Mama dalam hidup ini... 
Maaf, jika anak Mama ini membuat Kecik Hati ....
Anak Mama tidak bermaksud untuk berbuat begitu....
Harap Mama ampunkan Anak Mama ni.... 
Mama, doakanlah Anak Mama ini bahagia, sihat dan berjaya...
Doa Mama lah mustajab! 
Anak Mama sayang Mama! 

Mama, terima kasih kerana melahirkan saya.
Abah, terima kasih membesarkan saya =)
Sayang Mama&Abah!!!

28 May 2013

Dah solat Sunat Dhuha?

Keindahan Waktu Dhuha



Hidup ini adalah anugerah ALLAH Taala. Semua yang diaturkan-NYA adalah yang terbaik untuk diri kita. Janji Allah itu pasti. Cinta ALLAH itu agung, kasih sayang Allah itu adalah tak ternilai harganya, tapi kita sebagai makhluknya sering kali alpa, sering kali lalai, sering kali melupakan-NYA. Hinanya diri kita kan?

Kita seringkali lupa untuk bersyukur, kita sering kali lupakan DIA, tapi DIA tak pernah pun sesaat melupakan kita. Kenapa kita jadi macam nie? kita tak da rasa malu ke? hidup kita ini hanya sementara duhai teman, duhai diri ku...hidup kita memang hanya sementara didunia ini...so, kenapa kita tak berusaha meraih CINTA ALLAH...kita di dunia ini bukan untuk bermaharajalela, bukan untuk mengejar kekayaan DUNIAWI, tapi kita disini untuk menyemai rasa CINTA kepada-NYA, kita disini untuk menyiapkan diri menghadapi-NYA kelak. Jadi muhasabah diri dan perbaiki peribadi..

Jom kita latih diri untuk mergerjakan SOLAT DHUHA, insyaAllah kita beroleh manfaat DUNIA dan AKHIRAT. Jom istiqamah!. Doakan diri kita boleh buat demi meraih CINTA-NYA. Amin Ya rabb...

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

Maksudnya; “Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: ”Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

”Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud)

Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher


myheppi